Search This Blog
Monday, August 2, 2010
MAMAT JEBON
kenapa sampai dalam mimpi mamat nie muncul. Nak buat macam mana lah… ada siapa boleh tolong aku ke macam mana nak lupakan seseorang yang kita tidak mahu ingat. Dah lah setiap malam dia muncul aku terkejut juga asyik mimpikan dia je.adakah ini katakan jodoh yang dianugerahkan oleh tuhan kepada ku.oh tidak mungkin…… mamat nie dah lah belagak nak mampus , memanglah dia kacak tapi janganlah belagak sangat. Aku selalu gaduh dengan dia memang kami tidak serasi kalau jumpa je ada je yang nak bergaduh macam umpama anging dengan kucing je. Aku nak mimpi orang lain tak jumpa muncul-muncul dalam mimpi aku. Yang tak nak jumpalah juga muncul. Dah nasib badan nak buat macam mana terima lah.mungkin ada hikmat disebalik semua yang terjadi nie. Aku kena berfikiran positif barulah boleh maju kehadapan bukan asyik duk kat belakang je. Kalau dia muncul lagi dalam mimpi aku nak marah kepuas-puasnya sebab kat alam nyata tidak boleh buat macam tu.. Berangan jelah. Heheheheheh…….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment