semalam aku telah pergi lepak dekat putrajaya dengan kawan-kawanku. sebab asyik boring je duk bilik aku ambik kputusan keluarlah dan destinasi kami dekat putrajaya sajalah sebab kami tidak tahu jalan untuk ke tempat lain. kelakarkan. aku ini jenis yang gabra kalau dah sesat jalan macam dah tak tentu arah. fikir-fikir balik lucu pulak kejadian yang aku alami. hahahaha, biarlah menjadi sejarah dan pengalaman dalah hidup aku. dekat putrajaya destinasi pertama yang aku tuju adalah alamanda saja je cuci-cuci mana dah tengok barang kat sana. yang paling aku suka pergi dekat alamanda adalah kedai kasut vincci. sebabnya pilihan yang ditawarkan memang menarik hati aku. harga pun bolehlah tahan sebab kalau dah suka beli je .hahahahah. lepas tu kalau tak ada duit mintak je dengan ibu @ ayah aku. heheheheheh. aku bukanlah mintak banyak-banyak sikit je. selepas ke alamanda aku menjejakkan kaki aku ke taman warisan sebab kedai disana makanannya boleh tahan dan harga yang ditawarkan perpatutan kepada kami sebagai student nie. aku pesan abc speceal pastu pesan satay dan dan nasi ayam. menjamu selera lah aku pada masa itu. lepas habis makan aku lepak lah pula dekat jambatan dan mengambil gambar sebagai kenangan. biasa lah orang perempaun pantang kawasan cantik terus nak bergambar.dah lumrah nak buat macam mana.
lepas puas lepak kat sana aku pun pulang lah.harap-harap dapat datang lagi.heheheheh
No comments:
Post a Comment