Search This Blog

Wednesday, September 29, 2010

Bapa ganas tiada belas kasihan

nie aku ambil dekat harian metro.  kesian dekat ank dia . bacalah kisah nie.....
KUALA LUMPUR: “Anak sulung lelaki berusia 18 tahun terpaksa bergantung dengan ubat sejak setahun lalu kerana otak mengalami gegaran selepas kepalanya dihentak menggunakan rotan sebesar buluh lemang. Manakala anak kedua (15 tahun) sudah tiga kali patah tangan akibat dipukul.
“Malah, anak perempuan ketiga berusia 14 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) berbirat seluruh badan akibat dirotan. Hanya anak lelaki bongsu berusia 10 tahun terselamat daripada kekejaman suami,” kata seorang suri rumah berusia 39 tahun yang enggan namanya disiarkan.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan suaminya selain bimbang keselamatan serta pencapaian anak sulung dan kedua yang masing-masing mendapat keputusan cemerlang iaitu 9A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan 8A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, suri rumah terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk menghentikan kekejaman suaminya itu.

Wanita terbabit menceritakan kekejaman suaminya berusia 41 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel kerana sering melepaskan kemarahan kepadanya, selain membelasah tiga anaknya itu sejak tujuh tahun lalu.

Difahamkan, suspek akan menggunakan rotan berkenaan sebagai ‘senjata’ untuk menghukum anaknya sekiranya dia mendapati mereka melakukan kesalahan.

Dalam kes terbaru di rumah mereka di Gombak, di sini, kelmarin, lelaki itu membelasah anak keduanya sehingga patah tangan kanan hanya kerana disebabkan kesalahan kecil.

Difahamkan, suspek berang selepas anak keduanya itu kononnya tidak mendengar arahannya supaya tidak membuat bising kerana dia mahu tidur selepas pulang bekerja.

Menurut suri rumah berkenaan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, suaminya yang bagaikan dirasuk syaitan membelasah anak perempuannya itu hampir 20 minit.

“Walaupun saya cuba menenangkan suami, dia tidak mengendahkannya sebaliknya mengugut untuk mencederakan seluruh keluarga.

“Saya hanya menangis melihat kekejaman suami membelasah anak seperti binatang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, anaknya itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, sebelum tangannya yang patah dirawat dan dibenarkan pulang ke rumah.

minggu nie aku suka shoping

minggu nie aku suka sangat shoping . sudah hbs 100 rggit aku berbelanje. entah lah kenapa boros sgt aku mggu nie. aku pun tak thu.  mungkin aku ingin hilangkan stress yang melanda dri ku. dengan duk bershoping je aku dapat hilangkan tekana yang melanda dri ku. pelbagai brg aku bli spt bju , kasut dan beg. skli skal bershoping byk x slahkan .heheheh . tpi apa2 pun aku happy dgn apa yang aku buat. itu yang penting

lucu msa present ketrampilan

aku  berdebar gila masa present ketrampilan tuhan sja  yang th bertapa gemuruhnya aku masa tuu. aku rasa darah aku naik sangat tinggi.hahahahah. masa bentang tu aku tak tahu nak cakap apa. memang sudah buat latihah tapi  sudah masa present tu hilang semua yang aku ingat macam otak nie tidak dapat nak berfikir lansung. gelabah lah aku masa tu. macam manalan nak hilangkan rsa gementar nie. huhuu

Friday, September 24, 2010

banyak keje sangat

dalam minggu aku banyak keje sangat sampai xmenang tangan nak siapkannya. dah seminggu xcukup tidur. salah aku jugak sebab suka buat kerja last minit. lepas ini buat kerja awl erkkkkkk.hahahah
jangan lah jadi pemalas sangat. bila lah nak berubah. huhuhu. ade ubat tak nak ubat penyakit malas aku nie.hahaha. kalau ada bagi tau erk.


Wednesday, September 1, 2010

makan nasi ambang

hari dapat makan nasi ambang sebab bdk kos komunikasi bahagi nasi ambang dekat pelajar sempena bulan ramadhan. bolehlah aku rasa nasi ambang walaupun tidak ke johor. johor memang popular dengan nasi ambang nie. tak tahulah sedap ke tak. belum rasa lagi. biarlah rasanya sedap erk.hehehehe