Search This Blog

Tuesday, August 31, 2010

kad raya aku buat sendiri.


jadi juga aku buat kad raya . biarlah tak cantik tapi puas hati..heheheheh

teka teki 29-34

29. buah apa tiada tangkai? (buah hati)


30. Bila bermain diikat sekuat hati, dilempar hidup dipegang mati? ( gasing)


31. tahi apa terlekat di badan?(tahi lalat)


32. ada matahari dia nampak, tiada matahari dia tidak nampak? (bayang-bayang)


34. apa yang naik dan tidak pernah turun? (umur)

teka teki 24-28

24. apa dia suka menyepit ketika menarik? ( playar)


25. burung apakah mendapat gelaran raja? ( burung raja udang)


26. binatang apakah habitatnya dalam tanah? ( cacing)


27. bila terlentang ia kosong, bila tertangkup ia penuh?( songkop)


28. apakah benda , ular panjang melilit badan?( tali pingang)

teka teki 19-23

19. apa dia masa diambil kena sengat?( madu)


20. apa dia ekornya suka kembang?( burung merak)


21. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?(milo ais)


22. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol?(

23. Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah?(naik pokok kelapa)

teka teki 14-18

14. apakah semakin berisi, semakin menunduk? ( padi)


15. buah apakah putih melepak warna isinya? ( manggis)


16. buah apakah biji di luar?( buah gajus)


17. buah apakah namanya seperti batu permata?( buah delima)


18 cuba teka masuk basah keluarnya kering?( tebu)

teka teki 6-13

6. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?( ikan betina adalah ikan duyung , ikan jantan adalah ikan nama bakar.)

7. Haiwan apa yang namanya 2 huruf dan dua patah kata?( yu)

8. Apa yang mempunyai kaki enam dan boleh terbang?( 3 ekor burung)

9. Apa persamaannya gajah dan tiang elistrik?( gajah boleh terbang dan tiang elistrik tak boleh)

10. Kalau dipukul yang memukul rasa kesakitan, apa dia ? ( pukul nyamuk dekat hidung)

11. terdapat seorang orang gila memcuri batter di sebuah supermarket selepas itu dia berlari pergi ke bumbung bangunan yang tinggi dan dia membuang batter itu dari bangunan tersebut. batter itu disebut apa ?(batter terbang)


12. seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah. Kenapa? ( sebab burung tabib dekat juruterbang )


13. ada apa atas pokok? ( buah kelapa)

teka teki 1-5

1.Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid? (kura-kura)

2Dalam banyak-banyak binatang..... binatang apa yang bertelur dan beranak?(

3 banyak-banyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah? ( air hitam )

4. burung apakah yang paling penyayang?( burung kakak tua)

5. banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat? ( sungai besi)





selamat hari kemerdekaan

dapat juga negara kita menyambut kemedekaan pada tahun nie. aku tak pernag pergi menyambut tapi tengok je kat tv dan dengan bunga bergema diudara. rasa dah gembira sangat . aku takut dah pergi dekat dataran merdeka pergi sambut dekat sana. ramai sangat orang dan pelbagai ragam ada dekat sana. baik aku tak payah pergi memerbahayakan diri je, sambut dekat rumah lagi hapening.hahahah .tapi aku nak juga rasa sambut dekat dataran merdeka.tapi biarlah ada yang menemani ku pada masa itu. sebab dia boleh ,menjaga aku.heheheh

Monday, August 30, 2010

tak suka heboh pasal aku.

aku tak sukalah heboh pasal aku sekiranya ada masalah untuk meraih simpati orang lain. biar apa orang nak kata aku tak kisah memang aku macam nie nak wat macam mana. kalau tak boleh terima aku sudahlah. ramai lagi orang yang boleh terima aku. aku tak kisah pun apa orang nak cakap sebab mulut manusia susah nak tutup. biarlah mereka bencu aku pun. selama nie pun aku tak pernah minta tolong mereka pun. lantaklah kauorang aku tak kisah pun. aku bukan macam sesetengah orang tu penuh dengan muslihat untuk meraih simpati orang. itu bukan aku. .

jalan2 dekat midvaley n sogo

satu hari suntuk aku shoping sakan dengan memberku sebab cuti lama punya pasal tak tahu nak wat pe kat blik apa lagi kuar lah pergi shoping.heheheh mula2 kami pergi shoping dekat mid valey, banyak barang jugak kami beli dekat snana  sebab tengah buat promosi hari raya .lapa lagi shoping sakanlah aku dengan memberku. sekali sekala habis duit x pe kan. lepas puas shoping dekan mid aku bercadang nak ge sogo pulak. sebab ada orang cakap sogo tengah buat jualan murah . lepas sampai sogo ramai gila orang dekat sana. hari cutikan apa lagi ambik kesempatanlah orang ramai bershoping hari raya. aku tengok2 je sebab ramai sangat orang tak tahu nak cari apa. tengok gelagat orang jelah. best sangat tengok gelagat orang nie. apa yang penting aku gembira shoping hari tu.

Wednesday, August 25, 2010

manusia hipokrit


aku paling benci mausia jenis ini di depan je baik kalau dekat belakang tak tahu nak kata. buruk sangat perangai. kenapalah ada manusia jenis ini. baiklah bertaubat... aku pun bukan lah baik sangat tapi tak lah jahat macau manusia nie.hahahah. apa-apa pun bergembiralah apa yang kau buat.hahahah

Monday, August 9, 2010

dunia sekarang penuh tipu muslihat

aku nak kongsi sikitlah pasal mengalami aku kena tipu oleh agen celcom yang hamrap tu.kisah ini terjadi masa aku berada di semester pertama di universiti.orang kata budak baru tidak tahu apa-apa lagi. aku telah ditipu semasa berada di cafe. pada masa tu aku tengah makan bersama member-member aku. nak dijadikan cerita adalah seorang agen celcom datang dekat kami dia pun promot lah no celcom dekat aku dgn member aku nie. dia cakap dalam 2 or 3 bulan lagi penggunaan top up akan dilupuskan dan semua kena guna line.pada mulanya aku tak percaya pastu dengan penerangan yang ala-al pro gitu aku pun percayalah. agen itu pun bagilah aku no celcom yanh menggunkan line. lepas siap semua pendaftaran aku rasa tidak sedap hati. aku pun telefon egen perkhimatan celconm untuk mengsahkan maklumat ini. terjadi aku telah ditipu oleh ejen tersebut.....memang marah gila aku masa tu. macam nak sepak terajang je egen yang tipu aku tu.pagi-pagi lagi aku telag pergi ke celcom central untuk menamatkan penggunaan no celcom yang menggunakan line tu.nasin aku baik sebab egen yang begong tu belum daftar lagi nama aku. nasib baik aku bertindak dengan cepat. kalau tak aku kena bayar rm 50 setiap bulan...moralnya disini jangan percaya ada benda yang percuma dalam dalam dunia ini.......








BARU DITEMUKAN SUNGAI DIBAWAH LAUTAN...subhanallah

ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kisah Air Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak
kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan
(surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih
untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat
sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.








Saturday, August 7, 2010

tidak tidur semalaman

aku telah mencipta sejarah sebab tidak tidur semalaman untuk menyiapkan video dokumentari untuk subjed sastera multimedia. memang pening gilah kepala sebab tidak cukup tidur. nak dijadikan cerita pagi ini aku dan kawan-kawan aku telah datang lewat ke kelasa dr normaliza. sebab masuk lewat kami telah disuruh berdiri di depan dan di arah menyanyi. aku dan kawan-kawan menyanyi lagu kau dan aku yang diyanyikan oleh aizat. aku tak pandai pun .ikut mereka nyanyi hehahahahah











Monday, August 2, 2010

MAMAT JEBON

kenapa sampai dalam mimpi mamat nie muncul. Nak buat macam mana lah… ada siapa boleh tolong aku ke macam mana nak lupakan seseorang yang kita tidak mahu ingat. Dah lah setiap malam dia muncul aku terkejut juga asyik mimpikan dia je.adakah ini katakan jodoh yang dianugerahkan oleh tuhan kepada ku.oh tidak mungkin…… mamat nie dah lah belagak nak mampus , memanglah dia kacak tapi janganlah belagak sangat. Aku selalu gaduh dengan dia memang kami tidak serasi kalau jumpa je ada je yang nak bergaduh macam umpama anging dengan kucing je. Aku nak mimpi orang lain tak jumpa muncul-muncul dalam mimpi aku. Yang tak nak jumpalah juga muncul. Dah nasib badan nak buat macam mana terima lah.mungkin ada hikmat disebalik semua yang terjadi nie. Aku kena berfikiran positif barulah boleh maju kehadapan bukan asyik duk kat belakang je. Kalau dia muncul lagi dalam mimpi aku nak marah kepuas-puasnya sebab kat alam nyata tidak boleh buat macam tu.. Berangan jelah. Heheheheheh…….

dinner blok

malam nie aku hadiran dinner penutupan orentasi blok. Aku buat sombonglah sikit sebab aku nie super senior kat budak junior nie. Kita kena buat sombong sikit nanti budak-budak junior nie naik kepala. Budak junior tahun nie angin semacam je dal lah tak hormat senior langsung pastu semua program dekat kolej jarang turun. Nak kena nie. Garang lah sangat aku nie.hahahahah. majlis dinner malam nie agak ok lah sebab ramai yang join dan suasana pun jadi meriah. Pastu makanan yang ditempah pun agak ok lah jugak sebab aku menamban semasa makan tadi.hehehehehe. mungkin lapar sangat kot sebab pentang tadi kuat jalan dekat bukit espo pastu lari daripada mat saleh yang tak berapa betul. Perjalanan masjlis tadi agak ringkaslah tapi ok bagi aku tak tahu pulak bagi orang lain macam mana. Majlis tadi ramai jugak senior dan junior yang tidak turun tak tahulah buat apa kata bilik majlis ini pun bukannya selalu buat. Apa salahnya ikut sama meriahkan keadaan. Orang lain pun banyak juga kerja bagilah kerjasama . bilah lah nak berubah aku pun tak tahu. Pentingkan diri sendiri je. Aku cakap je janganlah laha marah kalau ada yang terasa. Orang kata nak meluahkan apa yang terbuku dihati aje. Xde maksud tersirat pun.heheheheheh.



Sunday, August 1, 2010

bukit espo

petang tadi aku dan memberku pergi lepak kat bukit espo untuk tenangkan minda sambil beramal orang kata.heheheheh. kita orang jalan-jalan bukit espo dan melihat kawasan sekitarnya dan sambil memcuci mata. selain itu yang paling seronok dapat melihat gelagat student disana. ada yang bersama pasangan sedang bercinta, ada yang sedang bergaduh dan sebagainya. Ada juga bersantai bersama keluarga. Tapi ada yang pelik berlaku kapada aku dan memberku petang tadi semasa kami berjalan adalah seorang mat saleh nie dia asyik ekori je kami kemana kami pergi. Rasa seram lah jugak, tengok mat saleh tu memang menakutkan….. kami pun lari lah perlahan buat macam berjoging sebenarnya nak lari daripada mat saleh tu. Nasib baik dia dia tak sempat ekor kami lagi barulah rasa tenang. Memang gilalah mat saleh tu. Buat aku takut je. Pastu kami pergi lah melihat kebun-kebun yang terletak dekat bukit espo tu. Banyak juga tanaman disana. Rajin budak-budak ni menanam, aku kata dalam hati.hehehehe. kalau aku memang malas nak menanam nie. Baik aku tidur lagi best.hahahahahah

holiday semester

pada cuti semester baru-baru ini aku sangat bosan tidak tahu nak buat apa duk saja dekat rumah. orang kata besarkan badan aje. tapi aku tak katalah sebab macam rasa kata dekat diri sendiri aje.heheheheh. nak dibuatkan cerita kakak aku yang duduk dekat perak ajak tinggal dengan dia sebab dia takut duduk seorang. jadi aku pergi lah ipoh temankan dia. kesian jugak kakak aku , dia tengan mengandung pastu suami dia pula mengajar dekat pinang hujung minggu lah baru dapat pulang melihat isteri yang di cintai. aku pula macam jadi mici sebab jaga kakak aku .huhuhuhuhuh.apa boleh buat kakak aku juga kesian tengok dia duduk sorang-sorang. masa birday aku dia bawak aku pergi bercuti dekat pulau pangkor. best juga lah bercuti dekat sana. banyak barang kami borong seperti makanan kering hasil laut dan cenderamata untuk keluarga dan sahabat aku. dekat pulau pangkot tu aku mandi laut pastu yang seronoknya aku dapat naik bot yang bentuk pisang tu best sangat naik benda tu. bayaran pun tak lah mahal mana pun . mula-mula aku takut tapi dah naik tu menang seronok sangat dan tidak boleh digambarkan dengan kata-katan.heheheheheh. apa yang penting aku enjoy pada masa tu, dan yang paling penting duit aku tidak keluar sebab kakak aku yang bayar semuanya. gembiranya hidup.hahahahahahahah.boleh pokai kakak aku kalau ada 10 adik macam aku nie.hakhakhak

jalan-jalan putrajaya

semalam aku telah pergi lepak dekat putrajaya dengan kawan-kawanku. sebab asyik boring je duk bilik aku ambik kputusan keluarlah dan destinasi kami dekat putrajaya sajalah sebab kami tidak tahu jalan untuk ke tempat lain. kelakarkan. aku ini jenis yang gabra kalau dah sesat jalan macam dah tak tentu arah. fikir-fikir balik lucu pulak kejadian yang aku alami. hahahaha, biarlah menjadi sejarah dan pengalaman dalah hidup aku. dekat putrajaya destinasi pertama yang aku tuju adalah alamanda saja je cuci-cuci mana dah tengok barang kat sana. yang paling aku suka pergi dekat alamanda adalah kedai kasut vincci. sebabnya pilihan yang ditawarkan memang menarik hati aku. harga pun bolehlah tahan sebab kalau dah suka beli je .hahahahah. lepas tu kalau tak ada duit mintak je dengan ibu @ ayah aku. heheheheheh. aku bukanlah mintak banyak-banyak sikit je. selepas ke alamanda aku menjejakkan kaki aku ke taman warisan sebab kedai disana makanannya boleh tahan dan harga yang ditawarkan perpatutan kepada kami sebagai student nie. aku pesan abc speceal pastu pesan satay dan dan nasi ayam. menjamu selera lah aku pada masa itu. lepas habis makan aku lepak lah pula dekat jambatan dan mengambil gambar sebagai kenangan. biasa lah orang perempaun pantang kawasan cantik terus nak bergambar.dah lumrah nak buat macam mana.
lepas puas lepak kat sana aku pun pulang lah.harap-harap dapat datang lagi.heheheheh

projek paper,,,,,,pening-pening

pening kepala bila memikirkan pasal projek paper final year. banyak hal kita kena fikir untuk menyiapkan projek ini. aku tengah pening kepada sebab novel yang aku ingin kaji belum lagi ditemui.aku sudah tidak tahu ingin memcari dimana.berilah petunjuk dan jalan penyelesaian kepada jalan buntu yan aku alami ini. aku akan berusaha dengan gigih agar dapat juga jumpa novel yang aku ingin kaji ini. nak cari kat mana lah novel ini.huhuhuhuhuh. nak cari novel lain kena buat kajian tentang lain pulak. susahnya kan.